
Ahad, 28 November 2010
Jumaat, 26 November 2010
DESA TUN RAZAK - Penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak menyambut baik ketegasan yang diambil pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan tiga keluarga bermasalah di kawasan itu. Pengerusinya, Anuar Sudin berkata, apa yang dilakukan pihak Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL itu adalah wajar kerana kehadiran mereka di sini mengundang banyak masalah. “Mereka telah melanggar syarat dan peraturan penyewaan yang mana ada antara ahli keluarga mereka yang terlibat suka merosakkan dan mencuri harta benda awam. “Selain itu mereka juga didakwa mencuri kabel elektrik dan besi penutup longkang sehingga mengakibatkan penduduk menghadapi suasana gelap di kawasan koridor serta tangga,” katanya. Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan yang diambil pihak DBKL berhubung isu kacau ganggu sebagaimana laporan Sinar Harian 21 November lalu. Anuar berkata, lebih menggusarkan lagi, bukan sahaja kes ragut berlaku di sini, malah rumah kosong di kawasan ini juga dijadikan sarang penagihan dadah dan pelacuran mereka yang tidak bertanggungjawab. Menurutnya, akibat perbuatan tidak bertanggungjawab itu, pihak DBKL terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit setiap tahun bagi membaiki kerosakan yang berlaku. Terdahulu, Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan, Sukiman Surahman dalam kenyataan beliau berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis berpindah kepada tiga keluarga yang didakwa menyebabkan kacau ganggu. Katanya, dua daripada mereka telah pun keluar manakala satu keluarga lagi masih belum berbuat demikian. Sukiman berkata, tindakan itu adalah disebabkan kesalahan mereka yang berulang kali sehingga menyebabkan berlakunya keadaan kacau ganggu kepada penduduk setempat. “Kes tersebut juga telah menjadi kes polis dan sebanyak 27 keluarga di sini dalam pemerhatian kami di atas perbuatan mereka yang mendatangkan masalah kepada penduduk lain,” katanya. Sementara itu, Anuar berkata, pihaknya merasa lega apabila mereka yang sering mendatangkan masalah di kawasan ini telah diarahkan berpindah. “Melalui cara ini juga sedikit sebanyak memberi pengajaran dan peringatan kepada penduduk di sini agar tidak melakukan perkara yang boleh mengundang masalah kepada orang lain. “Walaupun masih terdapat masalah di kawasan ini tetapi ia telah berkurangan daripada sebelum ini,” katanya. Menurutnya, jawatankuasa persatuan penduduk, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) akan mengadakan rondaan setiap malam bagi membanteras masalah yang berlaku dan membantu pihak berkuasa menanganinya

Khamis, 25 November 2010
Selasa, 28 September 2010
Akta JMB perlu dikaji semula
Akta JMB perlu dikaji semula ![]() Menurutnya, beliau mendapati akta JMB sedia ada menjadi bebanan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berperanan sebagai Commisioner of Buildings (COB) tidak mempunyai kuasa sepenuhnya menyelesaikan masalah dihadapi penduduk kediaman bertingkat. Katanya, cadangan supaya kementerian menubuhkan sebuah badan bebas mengendalikan JMB sepenuhnya mampu mengatasi kemelut yang dihadapi pemilik kediaman bertingkat dan bukannya meletakkan bebanan kepada PBT semata-mata. “Kami hanya majlis daerah tempatan sedangkan kelulusan sepenuhnya daripada agensi kerajaan berhubung keseluruhan proses pembinaan kediaman bertingkat daripada peringkat awal sehinggalah bangunan kediaman siap sepenuhnya. “Selain itu, kekurangan kakitangan profesional menjalankan tugas sebagai COB adalah salah satu punca kelemahan akta JMB, macam mana kita nak jalankan siasat penuh ke atas akaun pemaju, sebagai contoh, dalam akta JMB sedia ada boleh lantik pegawai audit luar, tetapi dipertikaikan kementerian,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis penutup program sesi dialog Selangor Blueprint 2011-2013 bersama penduduk di Dewan Banquet MBPJ, baru-baru ini. Difahamkan program berlangsung selama lima jam itu turut dihadiri presiden persatuan penduduk, NGO dan kakitangan swasta. Sementara itu beliau berkata, kementerian perlu mengambil contoh langkah pentadbiran kerajaan Singapura menubuhkan badan bebas JMB memantau masalah bangunan retak, sistem penyelenggaraan secara sistematik. Roslan berkata, isu dihadapi kebanyakan penduduk yang memiliki kediaman di kawasan status bandaraya telah lama berlanjutan. “Antari lokasi kediaman bertingkat dikenal pasti adalah di Damansara Perdana, Bukit Lanjan dan sekitar Petaling Jaya. Selain itu, beberapa buah negeri antaranya Johor, Pulau Pinang dilaporkan mengalami masalah berbangkit isu tersebut,” katanya. Difahamkan, kemelut yang melibatkan pemaju, penduduk, agensi penguatkuasaan dan agensi kerajaan itu telah lama berlaku. |
Khamis, 23 September 2010
Rabu, 21 Julai 2010
Bumbung roboh
2010/07/21
BUKIT BERUNTUNG: Penduduk di Pangsapuri Seri Semarak di sini, gempar apabila bumbung rumah pangsa yang baru dipasang roboh berikutan hujan lebat, petang semalam.
Kejadian kira-kira jam 4 petang itu menyebabkan hampir keseluruhan struktur atap zink yang baru selesai dipasang menerusi peruntukan Kerajaan Persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri, baru-baru ini jatuh di atas tanah.
Penduduk, Mohd Hafizi Sudin, 33, berkata 20 keluarga yang menghuni Blok K di situ berada dalam ketakutan apabila rumah pangsa yang diganti atap baru beberapa bulan lalu masih tidak selamat digunakan.
Katanya, hujan lebat diikuti angin kuat melanda kawasan ini menyebabkan berlakunya kejadian tidak diingini itu.
“Ketika kejadian, ramai penduduk berada dalam rumah dan hanya mengetahui keadaan sebenar setelah hujan berhenti.
“Penduduk cemas melihat struktur atap yang baru dipasang terbang melayang jatuh di halaman rumah kami di sini,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.
Menurutnya, blok yang mereka duduki adalah satu daripada 55 pangsapuri sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa yang dibaiki sejak beberapa bulan lalu.
Katanya, penduduk masih bimbang dengan keadaan sebenar atap yang baru dipasang di sini kerana belum pun dapat digunakan sepenuhnya sudah menimbulkan masalah.
Seorang lagi penduduk, Noraini Abdullah, 40, berkata mangsa kejadian terpaksa tinggal dalam rumah mereka kerana tidak mempunyai tempat lain untuk berpindah.
Katanya, penduduk merayu pihak berkaitan memantau kerja pembaikan yang baru disiapkan akhir minggu lalu.
Rumah imam dibakar
2010/07/21
KUALA LUMPUR: Rumah imam dan dua ahli jawatankuasa (AJK) Surau At-Taufiqiah di Flat 16 tingkat di Sungai Besi di sini, dibakar awal pagi semalam, dipercayai perbuatan khianat individu yang kurang senang dengan tindakan mereka aktif melakukan usaha membanteras maksiat di kawasan itu.
BAIKI...penduduk membaiki paip yang dibakar, semalam.
Kejadian itu menyebabkan seluruh flat berkenaan terputus bekalan air berikutan paip PVC utama di tingkat sembilan yang menyambung bekalan ke rumah penghuni turut dibakar sehingga menyebabkan limpahan air .
Imam berkenaan, Besar Omar, 60, berkata dia menyedari kebakaran itu kira-kira jam 5.30 pagi selepas keluar rumah untuk ke surau bagi mengimamkan solat Subuh.
“Sebaik keluar rumah, saya lihat jiran sibuk memadamkan ampaian kain di depan rumah saya yang terbakar. Ketika itu baru saya tahu ampaian rumah saya dibakar dan selepas memeriksa, saya dapati baju keluarga saya disidai di ampaian mempunyai kesan terbakar.
“Saya tak risau dengan kebakaran itu, tapi apa yang saya kesalkan sikap individu terutama remaja di kawasan flat ini yang makin tidak berakhlak sehingga sanggup membakar rumah penghuni di sini,” katanya ketika ditemui, semalam.
Besar yang juga pesara tentera berkata, dalam beberapa ceramah agamanya di surau sebelum ini, dia menegur remaja di flat itu kerana sikap mereka kurang berakhlak.
“Sebelum ini pun ada kes vandalisme apabila pihak tidak bertanggungjawab membuang sesuatu ke atas bumbung surau,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Abu Huzaifah Mohd Radzi, 26, yang tinggal di tingkat satu flat berkenaan berkenaan berkata, dia menyedari kebakaran di rumahnya selepas terhidu bau asap yang memenuhi ruang rumahnya sebelum melihat ampaian di hadapan dijilat api.
“Saya terjaga dari tidur apabila terhidu bau asap sebelum mendapati kepulannya menyelubungi seluruh rumah. Selepas memeriksa kawasan rumah, saya dapati ampaian di depan rumah dijilat api. Saya dan anggota keluarga bertungkus-lumus memadamkan api dan syukur usaha kami berhasil,” katanya.
Abu Huzaifah berkata, dia percaya individu terbabit membakar baju yang digantung pada ampaian berdekatan pintu depan rumah dengan harapan api akan menyambar pintu serta tingkap rumah.
“Saya juga percaya perbuatan khianat ini dilakukan mereka yang marah atau berdendam dengan AJK surau berikutan usaha kami melakukan operasi mencegah maksiat dari semasa ke semasa,” katanya.
Dia yang juga seorang peniaga mendakwa ada saksi melihat kelibat seorang lelaki berbaju cerah menunggu di atas motosikal dalam keadaan mencurigakan ketika kebakaran sebelum melarikan diri apabila kehadirannya disedari penghuni flat itu.
Menurut Abu Huzaifah, selepas selesai memadam api di ampaian rumahnya, dia terdengar bunyi limpahan air dari paip di tingkat atas dan dimaklumkan limpahan itu datang dari tingkat sembilan.
“Saya berlari ke tingkat sembilan dan mendapati ampaian rumah rakan saya yang juga AJK surau turut dibakar dan air memenuhi depan rumahnya selepas paip plastik utama berhampiran ampaian disambar api,” katanya.
Katanya, dia bersama penghuni lain memadam kebakaran itu dan mereka terpaksa menutup bekalan air bagi mengelak air melimpah.
Abu Huzaifah melaporkan kejadian berkenaan di Balai Polis Sungai Besi.
Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.
“Polis menyiasat kebakaran itu berdasarkan maklumat mangsa dan orang ramai di tempat kejadian. Setakat ini, motif kebakaran masih dalam siasatan.
“Saksi diminta tampil membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan bencana dengan menggunakan api.
Jumaat, 2 Julai 2010
tabung penyenggaraan 1malaysia
Oleh ARDYHANSAH AMATkota@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 2 Julai - Pangsapuri Suci menjadi perumahan bertingkat kos rendah pertama menerima bantuan dana berjumlah RM35 juta yang disalurkan menerusi Tabung Penyenggaraan 1Malaysia.
Tabung berkenaan diwujudkan oleh kerajaan untuk membantu pihak pengurusan pangsapuri kos rendah di ibu negara yang mengalami masalah.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, penubuhan tabung berkenaan bertujuan untuk membantu Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri yang bermasalah dan tidak mampu untuk menyenggara kawasan kediaman mereka.
"Tetapi dana itu khusus untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah penyenggaraan seperti membaiki lif, lampu dan sebagainya.
"Ia tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah kewangan penduduk seperti hutang air dan elektrik," katanya kepada wartawan ketika melawat Pangsapuri Suci, Puchong di sini semalam.
Menurut beliau, kementerian akan menanggung separuh daripada kos penyenggaraan yang akan disalurkan kepada JMB yang telah dikenal pasti manakala sebahagian perbelanjaan lagi perlu ditanggung oleh pihak JMB bersama penduduk dengan mencari dana sendiri.
"Misalnya di Pangsapuri Suci ini, mereka berhadapan dengan masalah bekalan air sejak lebih empat tahun dahulu.
"Tahun lalu, saya telah turun padang dan mengenal pasti masalah utama ialah pam air rosak. Harga pam air tersebut mencecah RM36,000. Pihak kementerian menanggung separuh daripada harga itu dan selebihnya perlu ditanggung oleh JMB di sini.
"Namun mereka (JMB Pangsapuri Suci) bernasib baik kerana ada pihak swasta yang sudi menghulurkan bantuan iaitu daripada pihak pengurusan Pasar Seni dengan sumbangan sebanyak RM12,000," katanya lagi.
Kedua-dua sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh Raja Nong Chik kepada pihak JMB Pangsapuri Suci di pangsapuri berkenaan, semalam.
Masalah bekalan air di pangsapuri berkenaan dilaporkan Utusan Malaysia tahun lalu dan Raja Nong Chik telah melawat pangsapuri berkenaan bagi melihat sendiri masalah yang dihadapi penduduk di sana.
Ketika itu masalah yang diutarakan ialah bekalan air dan beberapa masalah lain yang disebabkan kegagalan pentadbiran pemajunya.
Malah, jumlah tunggakan bil air telah mencecah RM130,000 ketika itu.
"Namun begitu, atas budi bicara pihak Syabas semasa saya berunding dengan mereka, Syabas telah sudi untuk memberi diskaun kepada penduduk di sini.
"Kini mereka hanya perlu membayar RM37,000 sahaja iaitu pengurangan hampir RM100,000. Terima kasih kepada pihak Syabas," ujar Raja Nong Chik lagi.
Selain menyampaikan wang sumbangan berkenaan, Raja Nong Chik juga merasmikan surau baru di pangsapuri berkenaan.
Pangsapuri setinggi 18 tingkat itu mempunyai 314 unit rumah, merupakan pangsapuri pertama yang menerima bantuan daripada Tabung Penyenggaraan 1Malaysia sejak tabung itu diperkenalkan.
"Saya berharap selepas ini penduduk di pangsapuri ini memberikan kerjasama dengan membayar yuran penyenggaraan setiap bulan bagi memudahkan JMB menjalankan tugas dan membayar bil-bil yang ada tanpa ada tunggakan," ujarnya.
Ahad, 13 Jun 2010
peruntukan RT naik...
SEREMBAN, 13 Jun (Bernama)
Bermula bulan depan peruntukan bulanan untuk Rukun Tetangga (RT) di seluruh negara akan dinaikkan daripada RM200 kepada RM500, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.Beliau berkata keputusan dibuat selepas mengambil kira keberkesanan RT dalam membantu meningkatkan perpaduan masyarakat selain menjaga keselamatan penduduk di kawasan masing-masing."Walaupun kerajaan berusaha mengurangkan bajet untuk perkara lain namun RT dilihat sangat berkesan ke arah perpaduan masyarakat semua kaum melalui aktivitinya."Jadi dengan elaun tambahan ini selain daripada elaun pentadbiran sebanyak RM400 sebulan diharapkan setiap kawasan RT dapat memperbanyakkan aktiviti mereka di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita, di sini.Beliau berkata lebih 4,600 RT akan mendapat manfaat daripada kenaikan peruntukan tambahan itu.-- BERNAMA
Jumaat, 11 Jun 2010
Oleh SITI AISYAH OTHMANkota@utusan.com.my
Adnan Mudzi (tiga dari kanan) bersama beberapa penduduk menunjukkan surat permohonan untuk membuka tadika dan Pusat Gerakan Skim Rondaan Sukarela yang ditolak oleh Badan Pengurusan Bersama di pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 10 Jun - Penduduk pangsapuri Pantai Permai di sini kecewa apabila permohonan mereka membuka kelas tadika di pangsapuri itu ditolak oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) perumahan tersebut.
Selain tadika, permohonan untuk membuka Pusat Gerakan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah Rukun Tetangga juga ditolak oleh badan tersebut.
Ketua UMNO Cawangan Perumahan Pantai Permai, Adnan Mudzi berkata, alasan yang diberikan ialah kawasan yang dipohon itu adalah "harta bersama" yang perlu dikekalkan peranannya.
Katanya, Pengerusi JMB Perumahan Pantai Permai, Abdul Razak Hasumi dalam surat jawapannya kepada permohonan itu baru-baru ini menyatakan, penolakan itu adalah keputusan sebulat suara JMB.
Dalam surat itu, Abdul Razak menyatakan, berdasarkan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) adalah menjadi tanggungjawab badan tersebut untuk menjaga kawasan itu dengan baik.
"Kami sebulat suara bersetuju bahawa ruang kosong tersebut merupakan harta bersama dan perlu dikekalkan sebagai tempat letak motosikal dan aktiviti penduduk yang berbentuk kemasyarakatan seperti kenduri dan lain-lain," kata Abdul Razak dalam surat itu.
Adnan yang mewakili sebahagian penduduk di Pantai Permai berasa terkilan dengan alasan yang diberikan oleh pihak JMB untuk menolak kedua-dua permohonan tersebut.
"Kami hanya memohon agar ruang terbuka di Blok C untuk dijadikan sebuah Tadika Perpaduan dan Pejabat SRS untuk kepentingan masyarakat di sini.
"Penduduk di sini biasanya akan menghantar anak-anak mereka di Tadika Kemas berhampiran Bukit Angkasa dan mereka terdedah kepada risiko kemalangan kerana perlu menyeberangi jalan untuk ke tadika tersebut.
"Walaupun setakat ini tiada berlaku kemalangan yang meragut nyawa tetapi kita tidak boleh menunggu kejadian berlaku, baru kita ingin mengambil tindakan," tegasnya.
Adnan berkata, mengikut perancangan, tadika yang mahu dibuka itu itu boleh menampung seramai 35 orang kanak-kanak.
"Dengan kedudukan di bawah blok, ia akan membantu memudahkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak dan melihat sendiri proses pembelajaran mereka di tadika tersebut," katanya.
Katanya, pembinaan pejabat SRS Rukun Tetangga pula bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan penduduk di perumahan tersebut.
Katanya, dengan kadar jenayah yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini, adalah menjadi tanggungjawab anggota masyarakat untuk membantu pihak berkuasa mengurangkan kejadian itu.
Sementara itu, seorang penduduk, Amin Said, 48, berkata, walaupun dicadangkan oleh sebuah pertubuhan politik tetapi kedua-dua kemudahan tersebut tidak melibatkan kepentingan politik, sebaliknya untuk kemudahan masyarakat.
"Jangan anggap apabila UMNO membuat cadangan, ia akan berkait dengan politik setempat," katanya.
Pengerusi Kaum Ibu Pantai Permai, Putri Aishah Megat Wahid berkata, pembinaan Tadika Perpaduan itu akan dapat memberi kemudahan kepada kaum ibu melakukan aktiviti berbentuk keagamaan.
"Kaum wanita juga dapat melakukan aktiviti seperti marhaban, berzanji, mengaji al-Quran dan lain-lain dengan selesa jika mempunyai satu kawasan yang lapang tetapi tertutup.
"Sebelum ini, kaum wanita hanya melakukan aktiviti-aktiviti tersebut di kawasan koridor atau di rumah ahli-ahli tetapi kadang-kadang ia mendatangkan masalah kepada penduduk lain disebabkan kawasan yang terhad," katanya.
Jumaat, 28 Mei 2010
Flat kotor, penduduk sengsara SEGAMBUT – Kotor dan tidak selesa! Itu rungutan yang senstiasa diutarakan penduduk di Flat Kos Rendah Jalan Udang Harimau dekat sini, malah mereka turut dibebani dengan bil tunggakan air berjumlah ribuan ringgit. Penduduk mendakwa pihak pengurusan tidak menjalankan tanggungjawab apabila bil air tidak diserahkan kepada penduduk setiap bulan sehingga menyebabkan mereka dibebani bil tunggakan. Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan di flat yang mempunyai 200 unit rumah itu tidak terurus, di mana sampah sarap dilonggokkan di premis kosong bangunan itu. Seorang penduduk yang ditemui, L Savatharajnair, 33, berkata, penduduk tidak akan menanggung tunggakan bil air yang banyak sekiranya pihak pengurusan menyerahkan bil air setiap bulan kepada penghuninya. ”Mereka tidak pernah serahkan bil kepada penduduk sejak pihak pengurusan baru mengambil alih dua tahun yang lalu menyebabkan masalah bil air tertunggak ini timbul. "Saya turut terkejut apabila diberitahu saya mempunyai tung-gakan bil air dan penyelenggaraan berjumlah RM2,900 malah flat ini masih menggunakan meter pukal berikutan masalah spesifikasi paip yang digunakan di sini,” katanya. Menurutnya, dia tidak pernah menerima bil air daripada pihak pengurusan dan apa buktinya yang menyokong tentang isu tunggakan bil air itu sedangkan kami tidak pernah menerima sebarang bil daripada pihak terbabit. Manakala bekas pesara ten- tera, N Manchor, 50, berkata, dua anaknya diserang denggi tahun lalu disebabkan kawasan flat di situ yang tidak terurus sehin-gga menjadi pusat pembiakan nyamuk Aedes. ”Kami sudah membuat aduan kepada pihak pengurusan dan pihak berwajib berhubung perkara ini, namun tiada sebarang tindakan diambil pihak terbabit,” katanya. Menurutnya, dia khuatir sekiranya masalah kebersihan di flat itu tidak diambil berat, nes-caya akan menjadi bertambah parah seterusnya mengancam kesejahteraan penduduk di sini. Selain itu penduduk turut tidak berpuas hati apabila pihak pengurusan didakwa tidak menjaga kebersihan kawasan menyebabkan mereka mempertikaikan bayaran penyelenggaraan sebanyak RM50 setiap bulan. sumber: sinar harian |
MPAJ roboh binaan haram
Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, tindakan tegas turut dikenakan ke atas pemilik unit berkenaan kerana melakukan pengubahsuaian tanpa kebenaran.
Pemilik unit berkenaan telah membuat penambahan di belakang rumahnya dan mengambil ruang kaki
Beliau menjelaskan, di bawah Akta Hakmilik Strata 1985, pemilik dilarang sama sekali untuk mengubah, menambah rupa bentuk dan struktur ke atas bangunan sedia ada sebagaimana yang terdapat dalam Perjanjian Jual Beli.
Jelas beliau, tindakan meroboh itu dilakukan setelah pihak MPAJ membuat empat lawatan dan menyerahkan notis amaran supaya membuka atau merobohkan binaan tambahan, yang terakhir pada 19 Mei lalu.
MPAJ juga, katanya, telah memberikan notis agar kerja-kerja pembinaan dihentikan serta-merta tetapi dalam tiga lawatan awal, pihaknya mendapati pemiliknya masih berdegil.
Norhayati memberitahu, pemilik unit berkenaan hanya memberhentikan kerja-kerja pembinaan apabila pihak MPAJ membuat lawatan keempat untuk menyerahkan notis perobohan.
"Sebanyak 15 anggota penguat kuasa MPAJ diketuai oleh Penolong Pegawai Penguat Kuasa Rosli Jaafar terlibat dalam kerja-kerja perobohan itu, yang dijalankan pada Selasa lalu," katanya.
Tindakan berkenaan, tegasnya, adalah amaran kepada penduduk terutama di aras bawah yang membuat penambahan sehingga menghalang laluan serta mengambil kawasan milik bersama.
"Ini selaras dengan sasaran sifar pengubahsuaian haram ke atas unit pangsapuri yang ditetapkan oleh MPAJ," tegas Norhayati.
UM.
Kupon bekalan air percuma ![]() Bagi tujuan itu, dianggarkan sejumlah RM24.5 juta diperuntukkan setahun di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) membabitkan 620 pemaju pangsapuri kos rendah di negeri ini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, meskipun agak terlambat menunaikan salah satu manifesto Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) kepada penghuni pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter air pukal, namun usaha tetap dilakukan bagi membolehkan rakyat merasai dan menikmati sumber dari negeri Selangor. “Kita anggap air adalah hak rakyat dan cara sebaiknya Kerajaan Negeri memberikan sejumlah bekalan itu secara percuma. “Pada awalnya kita sudah melaksanakannya tetapi program hanya dijalankan di perumahan pangsa yang mempunyai meter individu kerana memudahkan pengiraan dibuat,” katanya pada Majlis Perasmian Pelancaran Sistem Kupon Air Percuma bagi pemilik rumah kos rendah di pangsapuri Sri Tanjung, USJ 16, dekat sini, semalam. Pangsapuri yang mempunyai 1,000 unit kediaman itu dipilih sebagai perintis pelaksanaan program bagi menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan dan jika berjaya sistem kupon akan diperkenalkan ke pangsapuri kos rendah lain di Selangor secara berperingkat. Bagi pangsapuri Sri Tanjung sahaja, RM72,480 diperuntukan dan dalam tempoh tiga bulan percubaan, perkara berbangkit akan dikaji dan kelemahan diperbaiki supaya sistem pelaksanaan dapat dipertingkatkan. Abdul Khalid berkata, pihaknya memikirkan bagaimana membantu pembeli menggunakan meter pukal yang tidak dapat menikmati manfaat itu sebelum ini, sebelum membuat kajian dan mendapati rakyat tidak boleh menunggu sehingga migrasi meter yang memakan tempoh masa lama dilakukan baru mereka boleh menikmati skim itu. “Sebelum ini mereka yang mendapat manfaat adalah yang mempunyai meter air individu. Tetapi kita berpendapat, untuk menunggu penukaran meter pukal kepada individu mengambil masa dan lambat dilaksanakan kerana faktor kos dan sebagainya. “Oleh itu, kita mengambil keputusan memberikan 20 meter padu air percuma berasaskan sistem kupon. Ia akan diberikan melalui beberapa proses dan dicetak oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS),” katanya yang memaklumkan kupon diberikan hanya kepada mereka yang layak. Abdul Khalid berkata, bagaimanapun proses mendapatkan kupon itu akan cuba diurus dengan baik dan tidak mewujudkan banyak birokrasi. “Kalau usaha ini berjaya, mungkin pembayaran air dan kupon pemberian air percuma akan dilakukan dalam tempoh tiga bulan sekali. “Malah kita akan memaklumkan kepada rakyat berapa jumlah kita bayar kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan berapa banyak agensi itu agihkan air kepada tapak pangsapuri,” katanya yang berharap kaedah itu dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tinggal di pangsapuri. Bagaimanapun, Abdul Khalid berharap, badan pengurusan bersama (JMB), pemaju atau perbadanan pengurusan (MC) tetap melaksanakan migrasi meter pukal kepada individu untuk menikmati manfaat lain kelak. Hadir sama, Ketua Pengarah Eksekutif LPHS, Datin Paduka Alinah Ahmad yang memberikan penerangan berhubung mekanisme digunakan bagi pemberian air percuma menerusi sistem kupon. |
Rabu, 26 Mei 2010
Kerjasama dengan JMB jamin bangunan terurus
KAJANG 20 April 2008- Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) meminta pembeli dan pemaju memberikan kerjasama kepada Perbadanan Pengurusan Bersama (JMB) yang dilantik bagi memastikan bangunan yang diduduki terurus.
Yang DiPertuanya, Datuk Hasan Nawawi Abd. Rahman berkata, ini sejajar dengan arahan supaya setiap bangunan kediaman dan komersial melantik JMB masing-masing bagi membolehkan mereka menyenggara dan menguruskan bangunan dan harta bersama.
Menurutnya, JMB yang dilantik dengan persetujuan pembeli dan pemaju akan mempunyai bidang kuasa tertentu dalam menguruskan bangunan tersebut seperti yang termaktub di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan Bangunan) 2007 atau Akta 663.
Ujarnya, selepas pelantikan itu, segala masalah yang melibatkan pengurusan akan dipertanggungjawabkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) untuk mengendalikannya.
"Pelantikan JMC ini hanya melibatkan pemilik kediaman dan bukannya penyewa serta kediaman yang mempunyai hak strata sahaja.
"Sekiranya selepas ini penghuni tidak mahu bekerjasama untuk menjelaskan kos penyenggaraan, mereka boleh dikenakan tindakan.
"Jika penghuni gagal menjelaskan tunggakan selama enam bulan bagi kos penyelenggaraan, kediaman mereka akan dilelong,'' katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sijil pelantikan JMB kepada 10 wakil penduduk.
Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua MPKj, Abdullah Marjunid dan Ketua Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), Bibi Khairani Mohamed Sabri.

Penduduk, Rahamam Yudin berkata, masalah berpunca apabila saluran kumbahan tersumbat menyebabkan air najis melimpah keluar dan membasahi ruangan siar kaki di tingkat bawah.
:Menurutnya, aduan sudah dibuat kepada pihak pengurusan namun keadaan masih tidak berubah.
:"Saluran paip kumbahan perlu dibersihkan dengan teliti kerana jika tidak, masalah yang sama akan berulang setiap masa," katanya.
Selain menimbulkan bau busuk katanya, penduduk juga tidak selesa dengan berikutan air najis itu bertakung di laluan utama penduduk.

Walaupun sesi dialog bersama pihak berkenaan telah dilakukan pada 22 Mei lalu tetapi masalah masih tidak dapat diatasi. Satu perjumpaan bersama wakil Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah diadakan Isnin lalu.
Bagaimanapun, keadaan menjadi tegang apabila penjelasan sewajarnya daripada pihak berwajib ketika ahli majlis meminta supaya mereka menjelaskan masalah berlaku kepada penduduk.
Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Flora, Rostam Mohamad berkata, dipercayai tekanan air rendah menyebabkan bekalan air di rumah penduduk Blok A dan B terganggu beberapa hari dalam tempoh dua minggu.
Menurutnya, dipercayai motor di rumah pam tidak berfungsi menyebabkan tekanan air terlalu rendah sehingga rumah penduduk tidak mendapat saluran bekalan sempurna dalam masa beberapa hari sekali gus.
“Apabila motor di rumah pam tidak berfungsi maka penduduk tidak akan mendapat bekalan air dan ia hanya berfungsi dua hari lalu selepas meter pam dipasang. Kejadian itu adalah yang ketiga berlaku sepanjang 12 tahun pangsapuri ini diduduki.
“Berikutan gangguan bekalan air itu, penduduk terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan menumpang di rumah jiran, keluarga terdekat dan menggunakan air di surau bagi melakukan rutin mereka,” katanya kepada Sinar Harian dalam perjumpaan di Pangsapuri Isnin petang.
Isnin, 24 Mei 2010
Ruang sosial warga Singapura
BERDIRI dalam dua barisan dengan kaki dibengkokkan, 10 orang lelaki secara perlahan menolak tapak tangan keluar secara serentak dalam sesi latihan seni bela diri Cina, tai chi di tingkat bawah sebuah blok bangunan awam.
Di beberapa tempat serupa di Singapura, perkahwinan orang Melayu berlangsung secara sederhana di lokasi itu. Malah, ia juga tempat permainan untuk kanak-kanak pelbagai kaum termasuk daripada keluarga ekspaktriat yang menyewa flat awam di sana.
Ia adalah pemandangan hujung minggu biasa dalam kawasan terbuka di bawah bangunan-bangunan apartmen tinggi di Singapura kerana mempunyai jumlah penduduk yang padat.
Dengan lebih 80 peratus penduduknya tinggal di dalam flat awam, termasuk orang asing yang kini merangkumi sepertiga populasi Singapura berjumlah lima juta orang, ruang lapang di bawah bangunan menjadi sebahagian kehidupan harian di sana.
Seperti kanvas kosong yang diwarnai pelangi etnik di Singapura, ruang berkenaan memainkan peranan penting bermula dengan perkahwinan dan majlis kematian sehinggalah kepada tempat golongan pesara daripada pelbagai kumpulan etnik berkumpul.
"Ia menjadi tempat bermalas-malasan," kata Profesor di Jabatan Sosiologi Universiti Kebangsaan Singapura, Chua Beng Huat.
Lebih daripada itu, berkongsi ruang juga adalah sebahagian daripada polisi sosial yang dikuatkuasakan di Singapura yang bertujuan memastikan keharmonian kaum di rantau yang sering dikaitkan dengan perselisihan agama dan etnik.
Flat di setiap perumahan awam dibahagikan berdasarkan campuran etnik di Singapura iaitu 77 peratus Cina, 14 peratus Melayu dan lapan peratus India dengan bancian 2,000 orang bagi mengelakkan perbalahan kaum berlaku.
Keharmonian kaum amat penting kepada Singapura yang pernah mengalami rusuhan kaum pada tahun 1960-an.
Dalam dua kes terbaru yang disiarkan media tempatan, seorang paderi Kristian dipaksa meminta maaf di hadapan awam selepas menghina Taoisme dan agama Buddha, manakala tiga remaja Cina disiasat berkenaan kata-kata kasar berunsur anti-India di laman web.
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong telah menggunakan ruang lapang itu untuk menggaris keperluan toleransi etnik, dengan mengambil sebuah kejadian yang boleh menyebabkan ketegangan kaum semakin marak.
Hsien Loong mengaitkan ucapan pada hari kebangsaan Ogos lalu dengan sebuah keluarga Cina mengadakan majlis kematian manakala keluarga Melayu sedang melangsungkan perkahwinan di ruang yang sama. Tetapi situasi di situ perlu dikawal dengan campur tangan daripada tokoh masyarakat.
"Jika kejadian sebegitu ditangani dengan salah, ia akan mengakibatkan perbalahan kaum atau konflik agama, kes itu akan menjadi lebih buruk," katanya.
Bagi kebanyakan penduduk Singapura, ruang lapang adalah kawasan neutral untuk melepak dan bercampur dengan kaum lain.
Seorang pesara, Wong Phui San, 59, menaiki bas ke daerah-daerah lain untuk bermain dam kerana pemain di sana memiliki kemahiran yang setanding dengannya.
"Dengan cara ini saya tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk berhibur. Saya hanya perlu menaiki bas dan menghabiskan masa saya di sini," katanya.
Perkahwinan etnik Melayu selalunya berlangsung di ruang berkenaan pada hujung minggu.
Perancang perkahwinan dipanggil untuk menukar suasana ruang berkenaan menjadi dewan perkahwinan dengan lantai simen dilapik dengan karpet, dinding dihiasi dengan langsir dan bunga serta pelamin.
"Satu sebab mengapa ruang lapang itu begitu popular untuk majlis perkahwinan orang Melayu ialah kerana ia menjimatkan kos," kata perancang perkahwinan, Nurdyana Lim.
Majlis perkahwinan orang Melayu yang besar berkembang daripada tradisi kampung yang melibatkan seluruh keluarga, saudara-mara jauh dan jiran tetangga yang hadir membantu melancarkan perjalanan majlis, katanya.
"Mereka boleh menjemput lebih 1,000 tetamu dan tidak bimbang berbelanja lebih. Sedangkan dewan hotel memakan belanja ribuan ringgit," tambahnya.
Pengamal kecergasan juga menggunakan ruang lapang itu berbanding membayar yuran gimnasium.
"Kami suka mengadakannya di ruang terbuka kerana jika kami mempunyai lebih banyak ahli, kami masih ada ruang yang cukup untuk menampung mereka," kata seorang jurutera, Bill Chan, 34 yang sering mengikuti sesi tai chi di sebuah blok.
Kebanyakan ruang lapang dilengkapi meja batu, bangku atau rak basikal dan terletak berdekatan lif dan taman permainan.
Kebanyakannya digunakan sebagai pusat penjagaan kanak-kanak, kedai runcit dan sudut warga emas yang dilengkapi set televisyen, tandas dan meja batu yang dicetak dengan papan dam.
Semasa majlis kematian diadakan oleh komuniti Cina, bahagian berkhemah didirikan melindungi altar dan keranda yang terbuka daripada dilihat manakala kalungan bunga di susun berdekatan pintu masuk.
Kerusi dan meja disediakan kepada pelawat yang hadir menziarah sehingga tiga ke lima hari.
Pada hari terakhir, mereka akan mengusung jenazah ke tapak perkuburan dengan jiran-jiran daripada pelbagai etnik turut mengambil bahagian. - AFP
Isnin, 17 Mei 2010
Pondok sampah tak berfungsi
![]() |
Akibat pondok sampah yang berkunci menyebabkan orang ramai terpaksa membuang sampah di luar pagar sekitar kawasan Flat Taman Sri Stulang, Johor Bahru. |
SEBAGAI Ketua Blok Taman Sri Stulang di Johor Bahru, saya amat kecewa dengan masalah pondok rumah sampah di blok J yang masih tidak digunakan. Malahan ia dikunci oleh pihak tertentu.
Justeru penduduk tiada tempat untuk membuang sampah secara teratur, mengakibatkan kawasan menjadi kotor. Ini disebabkan terdapat segelintir mereka yang tidak mempunyai pilihan terpaksa membuang sampah di tepi dan luar pagar pondok sampah.
Selain itu ia juga menyebabkan masalah kebersihan dan berbau busuk sekali gus mengundang kehadiran lalat, tikus dan pembiakan nyamuk yang serius sehingga menjejaskan kehidupan penduduk.
Masalah lain yang timbul berikutan masalah sampah itu antaranya berkaitan dengan kesihatan setempat seperti risiko demam denggi, keracunan makanan dan pencemaran alam sekitar oleh bau busuk sampah.
Sampah tersebut semakin banyak dari sehari ke sehari hingga bertimbun kerana tiada pihak tertentu yang mengangkut atau membersihkan secara sistematik.
Sehubungan itu, saya mewakili penduduk Blok Taman Sri Stulang mencadangkan agar pondok sampah untuk kemudahan penduduk berkenaan dapat dibuka segera supaya ia dapat berfungsi dengan betul.
Saya meminta pihak berkuasa atasan menyelesaikan segala perkara berbangkit berhubung masalah itu termasuk menyerahkan hak milik pondok sampah tersebut kepada pihak pengurusan untuk digunakan.
Ini semua adalah kerenah birokrasi yang tidak sepatutnya berlaku kerana kami telah tinggal sejak dua tahun lalu tanpa pengurusan sampah yang sempurna.
Para penduduk hairan kerana perkara asas mengenai isu kebersihan itu gagal ditangani oleh pihak berwajib walaupun aduan sudah berulang kali dikemukakan.
Terdapat juga satu pondok sampah yang dibuka tetapi kedudukannya terlalu jauh hingga menyusahkan penduduk khususnya warga emas untuk membuang sampah setiap hari.
Walaupun para penduduk berasa geram, tetapi masih boleh bersabar dengan mengambil inisiatif bergotong-royong beberapa kali untuk membersihkan longgokan sampah.
Persoalannya, sampai bila masalah ini hendak selesai sedangkan kemudahan pondok sampah tidak berfungsi mengikut matlamat pembinaannya!
- SUBHI SAAD Ketua Blok Flat Sri StulangJumaat, 14 Mei 2010
Selasa, 11 Mei 2010
200 dapat hak milik strata selepas 25 tahun menanti
![]() |
Pang Tsu Ming (empat dari kanan) menyerahkan surat hak milik strata kepada Wong Chong Heng yang turut dihadiri oleh pemilik Flat Taman Rasa Sayang, Kuantan, Pahang, semalam. |
KUANTAN 10 Mei - Kira-kira 200 penghuni Flat Taman Rasa Sayang di sini menarik nafas lega apabila penantian mereka selama 25 tahun untuk mendapat hak milik strata tercapai hari ini.
Menurut penghuni, permohonan untuk mendapatkan status tersebut telah dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuantan sejak 1985.
Pengerusi penduduk, Wong Chong Heng, 59, berkata, sebelum ini pihaknya berkali-kali membuat permohonan mendapatkan status tersebut yang dilakukan melalui pemaju tetapi tiada maklum balas oleh PTG.
''Akibat kerenah birokrasi itu, kami tidak dapat menyelesaikan beberapa perkara seperti proses jual rumah dan memindahkan hak milik kepada pihak ketiga," katanya kepada Utusan Malaysiaketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Chong Heng, selepas usaha tersebut tidak berhasil, pihaknya menubuhkan Perbadanan Pengurusan Flat bagi menguruskan masalah permohonan berkenaan.
Seorang penduduk, Rakiah Yusof, 58, berkata, dia membeli rumah flat tersebut pada tahun 1985 dengan harga RM20,000 dan kini telah diserahkan kepada salah seorang anaknya.
"Saya telah berpindah ke tempat lain dan menyerahkan rumah ini kepada salah seorang anak saya, namun masalah timbul apabila proses pertukaran hak milik tidak dapat dibuat.
"Bagaimanapun saya bersyukur apabila akhirnya ia dapat diselesaikan dan ini merupakan hadiah untuk sekeluarga atas berkat kesabaran selama ini," katanya.
Bagi Ang Gim Huat, 52, pula, dia membeli rumah flat itu 24 tahun yang lalu dan setiap tahun menjelaskan cukai hasil sebanyak RM24.75.
''Di sini banyak masalah yang timbul terutama dari segi kebersihan kawasan dan tiada kawalan keselamatan yang ketat kepada penghuni," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Datuk Pang Tsu Ming berkata, dia menerima aduan daripada penghuni flat itu pada bulan lalu mengenai masalah kelewatan kelulusan permohonan.
Katanya, permohonan mendapatkan hak milik strata itu seharusnya diluluskan sejak dahulu lagi apabila pemaju membuat permohonan dan bayaran lengkap pada 1999.
Bagaimanapun, katanya, oleh kerana kelewatan memproses permohonan daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Daerah, penduduk di sini terpaksa menunggu sehingga 25 tahun.
''Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia membuatkan rakyat kurang yakin dengan kerajaan malah menyalahkan kerajaan kononnya tidak prihatin dan sebagainya," katanya.
Tsu Ming berkata, masalah tersebut adalah yang pertama dapat diselesaikan manakala masih ramai lagi permohonan dari seluruh negeri masih dalam proses kelulusan.
''Saya difahamkan terdapat ramai lagi penduduk flat yang mempunyai masalah sama malah ada daripadanya berpunca daripada pemaju yang tidak bertanggungjawab seperti tidak membuat permohonan dan berhijrah ke tempat lain sehingga menyebabkan pembeli sukar untuk mendapatkan maklumat," katanya.
Rabu, 5 Mei 2010
Penubuhan JMB : Kerajaan Negeri Sediakan Garis Panduan
Tuesday, 03 February 2009 | Ruangan: BeritaSHAH ALAM, 3 Februari – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abd Samad berkata kerajaan negeri telah menyediakan satu garis panduan dan rujukan khas yang lebih jelas berkaitan penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) di negeri ini.
Menurutnya, garis panduan baru yang berkuatkuasa serta-merta itu perlu bagi memastikan hak pembeli dilindungi berikutan kaedah kepada Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelengaraan dan Pengurusan) 2007 iaitu di bawah Akta 663 masih belum ada sehingga kini.
“Kerajaan negeri sebelum ini mendapat banyak aduan daripada pembeli-pembeli mengenai perlaksanaan mesyuarat pertama JMB yang dibuat pemaju yang tidak memberi hak secara telus kepada pembeli termasuklah menidakkan kepentingan mereka dalam urusan peyelenggaraan bangunan kediaman,” katanya dalam sidang akhbar mengenai Prosiding Mesyuarat Pertama JMB Bagi Semua Kawasan Pemaju Strata Negeri Selangor di Bilik Mesyuarat Kekwa, Seksyen Sektoral, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini petang tadi.
Katanya, bagi memastikan pembeli tidak terus ditindas oleh pemaju, kerajaan negeri telah mewujudkan garis panduan yang lebih jelas mengenai prosiding mesyuarat pertama JMB melibatkan penyertaan pemilik rumah dan pemaju secara adil.
“Ia bagi melicinkan sebarang urusan berkaitan bangunan kediaman antara pemilik rumah dengan pemaju,” katanya.
Menurut Iskandar,sebanyak lima garis panduan yang perlu diikuti JMB untuk mengadakan mesyuarat.
“Lima kaedah yang ditetapkan ialah dari segi kaedah penyerahan notis kepada pemilik rumah; lantikan pengerusi; penetapan tarikh, masa dan tempat; tarikh akhir pembayaran caj dan wakil layak hadir,” katanya.
Menurutnya, bagi kaedah penetapan tarikh, masa dan tempat mesyuarat hendaklah diadakan pada hari tidak bekerja yang tidak jatuh pada atau selepas perayaan.
Jelas Iskandar lagi, kerajaan negeri juga akan menyediakan garis panduan lain di bawah akta sama dan dijadualkan siap dalam tempoh tiga bulan lagi.
Dalam perkembangan yang sama, Iskandar berkata mana-mana pemaju yang masih gagal menubuhkan JMB di negeri ini akan didakwa.
Katanya, kegagalan itu boleh mengakibatkan pemaju dikenakan denda sehingga RM10,000. – MURIZA ABDUL HAMID
Isnin, 3 Mei 2010
Balu ahli RT terima pampasan
BANDAR BAHARU 2 Mei - Kehilangan suami tersayang kira-kira tiga bulan lalu begitu dirasai J. Nesamani, 40, dari Taman Kelisa Emas, Lubuk Buntar di sini kerana kehilangan tempat bergantung hidup.
Kesengsaraan itu bagaimanapun sedikit terubat apabila beliau menerima sumbangan bernilai RM20,000 daripada Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. hasil caruman insurans suaminya, P. Muniandy dalam Skim Ronda Sukarela (SRS) Rukun Tetangga (RT) yang diperkenalkan sejak 1 Januari 2007.
Nesamani berkata, beliau tidak menduga menerima faedah daripada skim insurans itu selepas suaminya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 11 Februari lalu.
"Rupa-rupanya, semua ahli SRS ini ada caruman masing-masing sebanyak RM10 setahun dan saya memang tidak tahu suami saya juga berbuat demikian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima cek sumbangan tersebut pada program karnival sukan anjuran RT Taman Kelisa Emas, Lubuk Buntar, Serdang di sini hari ini.
Cek berkenaan disampaikan oleh Pengurus Projek Insuran RT, Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Shahrul Azmi Ab. Rahman.
Turut hadir Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kulim-Bandar Baharu, Shahrizad Mohd. Dahlan dan Ketua Balai Polis Serdang, Sub Inspektor Kamarudin Ahmad.
Nesamani berkata, wang berkenaan akan digunakan untuk membiayai keperluan keluarga termasuk anak-anaknya, Mattew Noell, 11, yang masih menuntut di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Lunas, Kulim; Geethanya, 2, dan Bhavanis, berusia 10 bulan.
''Apabila terima wang sebanyak ini, hati berasa gembira dan tenang kembali," katanya lagi.
Terdahulu dalam ucapannya, Shahrul Azmi memberitahu, sepanjang tahun lalu, sebanyak RM1.9 juta diserahkan kepada ahli-ahli RT yang menyertai skim itu akibat kemalangan.
Jelasnya, ia melibatkan 86 kes kemalangan maut dan 300 kes kecederaan.
Beliau menambah, sehingga kini, seramai 150,000 ahli di 4,610 kawasan RT termasuk di Sabah dan Sarawak menyertai skim tersebut.
Beliau menjangkakan bilangan ahli SRS di seluruh negara meningkat seramai 200,000 orang pada penghujung tahun ini.
Rabu, 28 April 2010
Utusan Malaysia Online - Selatan
SEREMBAN 28 April - Majlis Perbandaran Nilai (MPN) hari ini menjelaskan kerja-kerja penyenggaraan di Rumah Pangsa Kos Rendah dan Sederhana Taman Semarak, Nilai, dekat sini diuruskan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB).
Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Halim Abd. Latiff berkata, bagi Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Semarak Fasa 2, dua JMB telah ditubuhkan di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663).
''Di bawah akta berkenaan, semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata perlu mewujudkan JMB bagi menguruskan perihal penduduk mengikut tugas dan tanggungjawab yang diperuntukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambahnya, buat masa ini JMB yang ditubuhkan itu belum aktif menjalankan tugas mereka mengikut peruntukan dalam akta berkenaan.
''Bagi JMB di Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Semarak Fasa 2, dua JMB telah diwujudkan di situ, di mana satu JMB menguruskan 980 unit petak (rumah) dari blok 1 hingga 4 dan blok 9 hingga 18.
''Manakala satu lagi JMB menguruskan 280 unit petak melibatkan blok 5 hingga 8 di situ," ujarnya.
Sementara di Rumah Pangsa Kos Sederhana Taman Semarak Fasa 2 pula ia turut melibatkan dua lagi JMB dengan satunya mengendalikan blok A dan B, melibatkan 112 unit petak (rumah).
''Satu lagi JMB di situ menguruskan blok C dan D, juga melibatkan 112 unit petak," tegasnya.
Abd. Halim memberitahu, di bawah peruntukan akta tersebut, JMB sepatutnya menjadi sebuah jawatankuasa yang ditadbir oleh pemilik petak (penduduk) dalam mengurus dan menyenggara bangunan berkenaan.
''Tertakluk pada Akta 663 di bawah Seksyen 8 subseksyen (1) dan (2), tugas dan kuasa JMB amat penting bagi kerja penyenggaraan dan pengurusan setiap bangunan bertingkat sementara menunggu hakmilik strata didaftarkan dan Perbadanan Pengurusan (MC) ditubuhkan," ujarnya.
Katanya, di bawah akta sama di bawah Seksyen 3 subseksyen (1) ia turut menerangkan peranan Pesuruhjaya Bangunan di bawah pihak berkuasa tempatan iaitu menguatkuasakan undang-undang berpandukan kuasa yang diberikan kedua-dua Akta 663 tersebut.
Sehubungan itu Abd. Halim menjelaskan, melalui perbualan telefon MPN dengan pengerusi JMB blok 1 hingga 4 dan blok 9 hingga 18, pihak MPN telah membantu dalam menjalankan kerja pemotongan dan pembersihan rumput di taman tersebut.
''Melalui perbualan dengan pegawai MPN bersama pihak BBN Development Sdn. Bhd., pihak pemaju juga masih menjalankan kerja pemotongan rumput di sebahagian kawasan berkenaan," jelasnya.
Apa yang pasti kata Abd. Halim, setiap JMB bertanggungjawab untuk menguruskan harta bersama seperti kawasan tangga, koridor, lobi, pelongsor sampah, tong sampah, parit, tangki air, pembentungan, paip dan padang permainan.
Begitu juga dengan tempat letak kereta, tembok atau pagar serta mana-mana kawasan yang dinikmati bersama setiap pemilik petak (rumah) di kawasan tersebut.
Jumaat, 26 Mac 2010
mesyuarat pemilihan ajk surau as-syakirin
myMetro | Arah buka khemah
SHAH ALAM: Jabatan Penerangan Selangor mempersoalkan tindakan seorang Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan pasukan penguatkuasaanya yang mengarahkan khemah pameran dan peniaga yang sudah dipasang bagi sambutan Karnival 1Malaysia di Cheras Jaya, Balakong, diturunkan kelmarin.
Pengarah Penerangan Selangor, Saptuyah Senson, berkata alasan yang diberikan Ahli Majlis itu ialah MPKj tidak memberi kebenaran karnival terbabit yang dianjurkan jabatan berkenaan.Isnin, 22 Mac 2010
Khamis, 18 Mac 2010
Utusan Malaysia Online - Selatan
MELAKA 18 Mac – ‘‘Kami sudah tidak tahan dengan keadaan pangsapuri yang busuk, kotor, rosak di sana sini dan sampai bila keadaan ini harus kami harungi.”
Itulah luahan penghuni Pangsapuri Taman Seri Siantan Bukit Baru dekat ini yang sudah tidak sanggup lagi berdepan dengan pelbagai masalah sejak 10 tahun lalu.
Pangsapuri cipta sejarah
27/06/2007 Berita Harian Oleh Sharifah Salwa Syed Akil
Rumah Pangsa Seri Pinang muncul taman perumahan pertama tubuh Badan Pengurusan Bersama di Selangor
SERI KEMBANGAN: Pangsapuri Seri Pinang dekat sini menjadi kawasan perumahan pertama di negara ini yang menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) selepas penguatkuasaan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) Akta 663, dilaksanakan di seluruh negara 12 April lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahalan, berkata penubuhan JMB itu bukan saja mencipta sejarah tersendiri untuk pangsapuri Seri Pinang dan Selangor malah turut membuktikan keupayaan pemaju melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.
“Kita berbangga kerana negeri Selangor menjadi perintis kepada penubuhan JMB ini dan kita yakin pastinya JMB ini akan menjadi contoh kepada negeri lain di seluruh negara yang berhasrat mewujudkan JMB di negeri masing-masing.
“Pada masa negeri lain masih kabur mengenai kewujudan JMB ini, kita di sini (Selangor) sudah merealisasikan penubuhan berkenaan,” katanya selepas merasmikan penubuhan JMB dan mesyuarat agung tahunan pertama Pangsapuri Seri Pinang di sini.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Datuk Liew Yuen Keong dan Pengarah Urusan Pernpark Development Sdn Bhd, Chang Yu Kee.
Mohd Mokthar berkata, JMB adalah satu badan yang terdiri daripada pembeli dan pemaju yang bertanggungjawab untuk menyelenggara dan menguruskan harta bersama sehingga tiga bulan selepas mesyuarat agung pertama pengurusan bangunan (MC) diadakan.
Beliau berkata, JMB akan melantik satu jawatankuasa iaitu, Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) yang terdiri daripada pemaju dan
“
Katanya, menerusi akta 663 itu, pemaju diwajibkan menubuhkan JMB dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh akta itu dikuatkuasakan sekiranya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi ke dalam petak siap dan penyerahan milikan kosong diserahkan kepada pemilik sebelum berkuatkuasanya akta 663.
“Tidak lewat daripada 12 bulan daripada tarikh penyerahan milikan kosong bangunan kepada pembeli sekiranya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk pecahan bahagi ke dalam petak disiapkan pada atau selepas akta 663 berkuatkuasa,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya gagal berbuat demikian pemaju akan dikenakan denda sebanyak RM20,000 atau penjara tiga bulan dan jika mereka gagal menyerahkan akuan yang sudah diaudit kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) dalam tempoh enam bulan pemaju terbabit akan dikenakan RM100,000 atau penjara tiga bulan.
“Pada dasarnya, kita tidak mahu pembeli dianiaya pemaju yang tidak bertanggungjawab dan Akta yang dikuatkuasakan ini akan melindungi mereka daripada terus dianiaya oleh pemaju. Sebelum ini bukan saja pembeli tiada hubungan terus sesama mereka malah nasib mereka juga langsung tidak dipedulikan pihak berkenaan,” katanya.
Selasa, 9 Mac 2010
Jumaat, 5 Mac 2010
cara JMB bekerja
- AJK JMB adalah pemilik unit Seri Mawar sendiri yang menghadiri taklimat dan mesyuarat penubuhan JMB oleh pemaju Bangi Height dan pihak berkuasa tempatan, MPKj. Ini dibawah peruntukan Akta 663.
- Semasa mesyuarat penubuhan diperlukan kouta 25% pemilik unit YANG TELAH MELANGSAIKAN JUMLAH PENGURUSAN BANGUNAN. Alhamdulillah pada masa itu, lima (5) pemilik yang menepati kriteria tersebut telah hadir. Itu pun setelah menunggu hampir 2 jamuntuk mencukupkan korum. Maka begitulah tertubuhnya JMB Seri Mawar.
- Kegagalan menubuhkan JMB akan menyebabkan pengurusan bangunan kita diserahkan kepada AGEN LANTIKAN MPKj. Apa maknanya? Jika agen telah mengambil alih, pemiliktidak ada kuasa dalam menentukan pengurusan bangunan.
- Tetapi dengan JMB pemilik unit berkuasa pada bila-bila masa melalui AGM (Annual General Meeting) atau EGM (Emergency General Meeting). EGM boleh dipanggil jika 25% penduduk menulis secara rasmi kepada MPKj untuk diadakannya.
- Selepas penubuhan JMB, kelima-lima AJK yang tiada pengalaman ini telah merangkak-rangkak belajar ilmu baru dalam menguruskan bangunan disamping kerja hakiki ditempat bekerja masing-masing. Alhamdulillah, secara berperingkat-peringkat semua AJK bekerja sama dalam memantapkan JMB disamping cabaran hebat diterima pada mulanya dari pemaju dan MPKj sendiri.
- Proses yang dilalui sebagai contoh dalam memutuskan kaedah dalaman mengambil beberapa peringkat. Peringkat pertama dengan mengambil pakai kaedah dalaman sedia ada dari pemaju. Ianya diperdebat dalam beberapa mesyuarat JMB. Deraf tersebut kita telah dibuka untuk diperhalusi oleh penduduk. Maklumbalas tersebut kita telah bincang semula dalam mesyuarat JMB. Kemudian sebelum dipersetujui, kita panggil wakil Persatuan Penduduk untuk memberi komen sebelum dimaktubkan.
- Saya meneri banyak komen yang membina dan tak kurang juga komen yang tak sedap didengar secara mulut ke mulut. Tetapi JMB telah putuskan agar sebarang masalah atau isu yang timbul perlulah dikemukakan secara bertulis (atau isu borang loporan di pejabat JMB). Kemudian akan dibawa ke mesyuarat JMB yang juga diadakan bersama wakil Persatuan Penduduk.
- Atau dengan kata lain kalau malas nak tulis, bolehlah salurkan kepada wakil Persatuan Penduduk untuk dibincangkan dalam mesyuarat akan datang. Siapa wakil Persatuan Penduduk ini? Semua ahli Persatuan Penduduk diajak sama bagi setiap mesyuarat. Inilah wakil tuan-tuan atau puan-puan pilih semasa mesyuarat persatuan. Merekalah yang boleh membantu jika tuan-tuan atau puan-puan mempunyai sebarang masalah.
- Secara dasarnya keputusan diambil telah cuma mengambil kira pandangan sebanyak mungkin mereka yang akan terlibat dalam melaksanakan sebarang undang-undang. Cuma ada beberapa perkara perlu dilihat dari persektif realiti keadaan.
- Sebagai contoh realitinya Pengawal Keselamatan dulu (Pemaju) dibayar lebih mahal daripada apa yang kita bayar sekarang. Maka kualiti yang kita perolehi adalah sepadan dengan harga yang kita bayar. Dalam masa yang sama saya tidak menolak, ianya boleh diperbaiki dari masa ke semasa. Dan itu memang telah kita laksanakan secara berperingkat.
- Maka anggaplah JMB sebagai kawan yang boleh ditegur dan boleh menegur. Kerana JMB tidak mahu mencari musuh dengan sesiapa, hanya menjalankan tanggungjawab sosial dan menyempurnakan fardhu kifayah setelah ramai yang menolaknya. Kalau ikutkan hati sebenarnya saya pun tidak ingin berada ditempat saya sekarang, tapi takdir iIllahi, kenalah buat yang terbaik.
Rabu, 3 Mac 2010
Kerja komuniti langsai hutang
kota@utusan.com.my
SHAH ALAM 3 Mac - Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor yang mempunyai tunggakan sewa melebihi RM3,500 pada 31 Disember lalu kini mempunyai pilihan untuk melangsaikan tunggakan tersebut.
Pilihan itu ialah melaksanakan kerja-kerja khidmat masyarakat di komuniti mereka.
Kerja khidmat masyarakat itu dibahagikan kepada empat syif dengan setiap syif memakan masa selama empat jam dan penghuni yang terlibat perlu melakukan kerja sebanyak tiga syif bagi melunaskan bayaran sewa untuk sebulan.
Kerja khidmat masyarakat yang ditawarkan ialah mengendalikan pusat penerangan dan aduan setempat, pemantauan kejiranan, mengendalikan kelas kemahiran atau pendidikan kepada komuniti dan program pengawasan harta awam.
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, tidak semua penghuni layak untuk menyertai program yang baru diperkenalkan itu.
Menurutnya, golongan yang layak ialah penghuni yang berpendapatan kurang daripada RM720 sebulan, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).
"Mereka yang tidak termasuk dalam kumpulan itu perlu membayar tunggakan sewa seperti biasa," jelasnya di sini hari ini.
Beliau berkata, penghuni yang terlibat boleh memilih jenis khidmat yang hendak dilakukan serta waktu syif yang sesuai mengikut kelapangan masing-masing sehingga tunggakan selesai.
Iskandar berkata, program tersebut diharap dapat mendidik rakyat supaya lebih bertanggungjawab, di samping dapat meningkatkan aktiviti komuniti di PPR terlibat.
Berdasarkan rekod, katanya, terdapat lebih 3,000 penghuni PPR di empat kawasan di Selangor iaitu Taman Putra Permai, Kota Damansara, Kampung Baru Hicom dan Serendah, Rawang mempunyai tunggakan sewa yang berjumlah RM4.2 juta sehingga kini.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan melaksanakan program perintis untuk kerja-kerja khidmat masyarakat tersebut di PPR Taman Putra Permai, Lembah Subang pada 1 April ini.
"Sekiranya program itu berjaya, ia akan dikembangkan ke PPR lain," tambah beliau.
Selasa, 2 Mac 2010
JMB tidak berfungsi
20/04/2009 Harian Metro Oleh Maiamalina Mohamed Amin
GOMBAK: Hampir 11 tahun menghuni Apartmen Idaman Suria, Medan Idaman di sini bukan keselesaan diperoleh penduduk, sebaliknya himpunan masalah bermula dengan penyelenggaraan tidak teratur hingga berkait soal keselamatan.
Lebih malang, bebanan dihadapi penghuni apartmen 15 tingkat itu bukan saja tidak mendapat perhatian wajar syarikat pengurusan bangunan, malah Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang dibangunkan Ogos tahun lalu turut gagal berfungsi.
JMB dilantik dengan persetujuan pembeli bangunan bertingkat dan pemaju mempunyai bidang kuasa tertentu menguruskan bangunan seperti termaktub mengikut Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan Bangunan) 2007 atau Akta 663.
Penduduk, Ahmad Zaki Mohamad Yusop, 41, berkata dia kecewa kerana JMB gagal memperjuangkan keselesaan penghuni apartmen itu walhal tugas mengurus dan menyelenggara bangunan tanggungjawab mereka.
“Saya memiliki seunit rumah di tingkat 14 dan setiap bulan tidak pernah gagal membayar wang penyelenggaraan RM70.
“Saya kecewa kerana siling rumah dimasuki air, masalah anai-anai, lif dan jenayah curi serta ragut,” katanya pada majlis dialog penduduk bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look, semalam.
Stanley Tan, 57, yang memiliki seunit rumah di apartmen itu, berkata masalah JMB berpunca daripada sikap penghuni sendiri yang kurang kerjasama selain gagal membentuk jawatankuasa mengurus dengan baik kerana tidak membayar yuran penyelenggaraan.
Katanya, syarat membentuk JMB iaitu semua ahli jawatankuasanya bersih daripada tunggakan yuran penyelenggaraan gagal dipatuhi apabila dua daripada sembilan anggota dilaporkan berhutang, manakala lima lagi meletak jawatan.
“Tinggal dua anggota masih sah, tapi JMB menjadi tidak efektif dan perlu diganti dengan badan pengurusan baru dan dalam tempoh sebulan ini sehingga Mei perlu dianjur mesyuarat luar biasa (EGM) untuk penentuan JMB baru.
Sementara itu, Yew berkata, penduduk 288 unit apartmen itu perlu bersatu hati serta bekerjasama dalam menguruskan bangunan kediaman mereka termasuk membayar yuran penyelenggaraan dan tunggakan secara bulanan untuk tujuan berkenaan.
Beliau juga menegur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berikutan kakitangan tidak mencukupi untuk menguruskan kira-kira 5,000 blok flet, apartmen dan kondominium di ibu kota menyebabkan pihak berkuasa tempatan itu lambat bertindak terhadap sebarang aduan.
Isnin, 1 Mac 2010
KUALA LUMPUR - Anggota keluarga dan masyarakat perlu bersama-sama berganding bahu menangani pelbagai masalah sosial yang berlaku di sekeliling mereka ketika ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Menurutnya, mereka perlu prihatin dengan keadaan sekeliling termasuk di kawasan perumahan masing-masing terutama apabila mereka tahu berlakunya sebarang perkara tidak baik di kawasan berkenaan.
“Sebagai contoh, apabila menyebut mengenai bersekedudukan, ibu bapa juga mesti dapat memahami dan sudah tahu bila dan di mana anak mereka kahwin. Masyarakat juga perlu prihatin.
“Kerana itu dalam Islam ada kenduri kahwin sebagai cara untuk menguar-uarkan kepada orang ramai yang mereka sudah berkahwin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kad Nikah 1 Jam 1 Wilayah dan pelancaran logo rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini, semalam.
Ditanya sama ada masalah sosial yang berlaku ketika ini disebabkan sikap mementingkan diri sendiri di kalangan masyarakat, Jamil Khir berkata, mereka masih mengambil berat terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka.
“Bukan masyarakat tidak peduli. Apabila mereka bercakap mengenai perkara itu bermakna mereka mengambil tahu,” kata beliau tanpa mahu merujuk kepada mana-mana kes yang berlaku ketika ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Jamil Khir berkata, Jawi adalah jabatan agama Islam yang pertama di Malaysia yang menghasilkan Kad Nikah 1 Jam 1 Wilayah iaitu kad nikah yang boleh disiapkan dalam masa satu jam.
Beliau berkata, kad itu dilengkapi dengan enam ciri-ciri keselamatan antaranya kad itu tidak boleh dipalsukan dan dikenakan harga RM28 sepasang untuk suami dan isteri.
Menurutnya, walaupun kad perakuan nikah itu belum diwajibkan untuk setiap pengantin untuk memilikinya, Jamil Khir menasihatkan mereka supaya membuat kad berkenaan kerana ia mudah dibawa ke mana-mana.
“Ia penting sebagai tanda dan identiti bahawa pasangan itu sudah berkahwin,” kata beliau sambil menambah proses membuat kad itu dapat dipercepatkan berikutan persetujuan Percetakan Nasional Berhad untuk menempatkan mesin cetak di Jawi," katanya. - Bernama
TOLONG JAGA TEPI KAIN ORANG
Masyarakat perlu peka terhadap jiran: Shahrizat
KUALA LUMPUR: Sikap masyarakat yang tidak ambil tahu dan tidak mahu campur urusan jiran tetangga menyebabkan berlakunya kejadian jenayah di sekitar kawasan kejiranan seperti kes penderaan sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Syafia Humairah Sahari, kelmarin. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata masyarakat perlu peka dan mengambil tahu keadaan di sekeliling kejiranan bagi membendung kes seperti itu. Beliau berkata, kes sebegitu seperti amaran awal tsunami dalam pembangunan sosial di negara ini dan masyarakat tidak boleh mengambilnya sambil lewa.
Shahrizat berkata, masyarakat memainkan peranan penting dalam mengekang jenayah keganasan dengan membuat laporan kepada pihak tertentu.
"Kalau kita tahu dalam anggota masyarakat ada yang bersifat ganas seperti ini, kita perlu ambil tahu dan jika perlu, laporlah kepada polis.
"Banyak tempat telah kerajaan wujudkan untuk masyarakat membuat laporan atau aduan kes sedemikan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan masing-masing atau hubungi talian Nur di 15999," katanya.
Shahrizat berkata, ibu kanak-kanak malang itu Nurhanim Aziz, 25, dan dua anak lelakinya Shafiq Haikal, tujuh, dan Shakimi Iqbal yang berusia setahun enam bulan akan ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat.
Sementara itu, Nurhanim berkata sikap masyarakat yang sering menuding jari menyalahkan dirinya tanpa mengambil tahu masalah sebenar yang dihadapinya menyebabkan dia berasa sedih dan tertekan.
"Jangan salahkan saya kerana perbuatan suami dan jangan hukum saya kerana perbuatan teman lelaki (suspek) kerana saya tidak menyangka dia akan bertindak sedemikian rupa...di depan saya dia baik dan menganggap Syafia Humairah seperti anak kandungnya sendiri," katanya sebak.
Beliau berkata, masyarakat sekeliling sering memandang serong terhadapnya dengan tanggapan negatif di atas kesalahan yang dilakukan oleh suaminya Sahari Usol, 33, yang kini ditahan reman di Penjara Sungai Buloh sejak 2006. (melakukan kesalahan jenayah yang tidak boleh diikat jamin)
Jiran suspek yang dikenali sebagai Cik Ani, 62, berkata ketika kejadian beliau sekeluarga berada di halaman rumah yang bertentangan dengan padang bola di mana tempat kejadian itu berlaku namun beliau dan keluarga tidak menyedarinya.
"Ketika itu cucu mak cik sedang bermain bola dengan kawan-kawannya di padang dan dia pulang ke rumah bagi tahu mangsa kena dera.
"Kalau kami nampak dari awal kejadian itu memang kami sudah bertindak...bukan kami hendak tutup mata," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Batu 30 Ulu Yam Lama dekat sini.
Penderaan itu dikatakan dilakukan di belakang sebuah surau yang terletak berhampiran padang permainan kanak-kanak kira-kira 30 meter daripada deretan rumah yang bertentangan dengan padang bola itu dan ia boleh dilihat dengan jelas.
Tinjauan Bernama ke rumah suspek yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian, mendapati terdapat tulisan perkataan "pembunuh" di dinding rumah suspek yang menggunakan cat semburan dan ketika itu tiada penghuni di rumah berkenaan. - Bernama
sumber:BH