Peruntukan Rukun Tetangga Dinaikkan Kepada RM500 Sebulan Bermula JulaiBy: Ramjit-->
SEREMBAN, 13 Jun (Bernama)
Bermula bulan depan peruntukan bulanan untuk Rukun Tetangga (RT) di seluruh negara akan dinaikkan daripada RM200 kepada RM500, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.Beliau berkata keputusan dibuat selepas mengambil kira keberkesanan RT dalam membantu meningkatkan perpaduan masyarakat selain menjaga keselamatan penduduk di kawasan masing-masing."Walaupun kerajaan berusaha mengurangkan bajet untuk perkara lain namun RT dilihat sangat berkesan ke arah perpaduan masyarakat semua kaum melalui aktivitinya."Jadi dengan elaun tambahan ini selain daripada elaun pentadbiran sebanyak RM400 sebulan diharapkan setiap kawasan RT dapat memperbanyakkan aktiviti mereka di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita, di sini.Beliau berkata lebih 4,600 RT akan mendapat manfaat daripada kenaikan peruntukan tambahan itu.-- BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
palang keselamatan dah bertahun siap..takkan nak buat perhiasan..tiangnya rosak dirempuh kereta...borang RSS dah lama diedarkan tapi tak sampai2 kat ketuanya...apa cerita ni?
BalasPadam