Rabu, 26 Mei 2010

Penduduk derita kerana pam air

BALAKONG – Hampir 300 penduduk Pangsapuri Flora, Taman Impian Ehsan di sini menderita akibat sering mengalami gangguan bekalan air sehingga membantutkan rutin harian khususnya dalam kalangan suri rumah tangga.

Walaupun sesi dialog bersama pihak berkenaan telah dilakukan pada 22 Mei lalu tetapi masalah masih tidak dapat diatasi. Satu perjumpaan bersama wakil Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah diadakan Isnin lalu.

Bagaimanapun, keadaan menjadi tegang apabila penjelasan sewajarnya daripada pihak berwajib ketika ahli majlis meminta supaya mereka menjelaskan masalah berlaku kepada penduduk.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Flora, Rostam Mohamad berkata, dipercayai tekanan air rendah menyebabkan bekalan air di rumah penduduk Blok A dan B terganggu beberapa hari dalam tempoh dua minggu.

Menurutnya, dipercayai motor di rumah pam tidak berfungsi menyebabkan tekanan air terlalu rendah sehingga rumah penduduk tidak mendapat saluran bekalan sempurna dalam masa beberapa hari sekali gus.

“Apabila motor di rumah pam tidak berfungsi maka penduduk tidak akan mendapat bekalan air dan ia hanya berfungsi dua hari lalu selepas meter pam dipasang. Kejadian itu adalah yang ketiga berlaku sepanjang 12 tahun pangsapuri ini diduduki.

“Berikutan gangguan bekalan air itu, penduduk terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan menumpang di rumah jiran, keluarga terdekat dan menggunakan air di surau bagi melakukan rutin mereka,” katanya kepada Sinar Harian dalam perjumpaan di Pangsapuri Isnin petang.

1 ulasan:

  1. aku dpt panggilan dari COB MPKj,k'jaan negeri nak bagi air percuma kat apartment kos rendah yg mgunakan meter pukal di s'gor ni..besok diorg suruh dtg dengar taklimat kat USJ 16..berapa meter padu kjaan PKR bg tak taulah...

    BalasPadam