Rabu, 26 Mei 2010

Air najis melimpah

DAMANSARA DAMAI – Penduduk Blok Apartmen Harmoni terpaksa berdepan bau najis yang memualkan sejak lebih sebulan yang lalu.

Penduduk, Rahamam Yudin berkata, masalah berpunca apabila saluran kumbahan tersumbat menyebabkan air najis melimpah keluar dan membasahi ruangan siar kaki di tingkat bawah.

:Menurutnya, aduan sudah dibuat kepada pihak pengurusan namun keadaan masih tidak berubah.

:"Saluran paip kumbahan perlu dibersihkan dengan teliti kerana jika tidak, masalah yang sama akan berulang setiap masa," katanya.

Selain menimbulkan bau busuk katanya, penduduk juga tidak selesa dengan berikutan air najis itu bertakung di laluan utama penduduk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan