Jumaat, 26 Februari 2010

ANGKARA MAYAT HIDUP

JOHOR BAHRU 26 Feb. - Bekalan elektrik yang terputus akibat kerosakan kabel di Flat Larkin di sini dijangka pulih seminggu lagi.

Kerosakan kabel elektrik di blok D flat itu sejak Sabtu lalu, dipercayai berpunca daripada perbuatan vandalisme.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, kerja-kerja membaiki kabel elektrik yang rosak sedang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik kerajaan negeri.

"Hasil siasatan awal menunjukkan kejadian itu berpunca daripada perbuatan vandalisme.

"Akibatnya, sebanyak RM190,000 terpaksa dikeluarkan bagi membaiki kerosakan tersebut," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Utusan Malaysia kelmarin menyiarkan kesengsaraan lebih 1,000 penduduk flat 16 tingkat itu ekoran bekalan elektrik terputus sejak Sabtu lalu.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu kotak fius utama di tingkat satu hingga tiga blok berkenaan dibakar dipercayai dilakukan oleh penagih dadah.

Sejak itu, penghuni blok 16 tingkat itu menghadapi pelbagai masalah yang menjejaskan aktiviti harian antaranya lif tidak berfungsi, rumah panas, makanan yang disimpan di dalam peti sejuk rosak serta terpaksa menggunakan lilin pada waktu malam.

Lebih memilukan, golongan warga emas menghadapi kesukaran untuk turun ke tingkat bawah blok itu sehinggakan terpaksa mendapatkan bantuan orang lain.

Ahmad Zahri yang kesal dengan kejadian itu turut menyelar perbuatan pihak tidak bertanggungjawab tersebut yang merugikan wang rakyat dan menyusahkan penghuni di situ.

sumber:UM

Rabu, 24 Februari 2010

Utusan Malaysia Online - Kota

PADAH LIAT BAYOR DUIT PENYENGGARAAN

Utusan Malaysia Online - Kota

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Bagaimana penyenggaraan hendak dilakukan dengan sempurna dan mengikut jadual sekiranya hanya 20 peratus penduduk sahaja yang membayar caj bulanan.

Itulah yang dipersoalkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kepada penghuni Apartmen Sri Pulai, Puchong Hartamas yang mengadu apartmen itu tidak disenggara oleh pemaju.

MPSJ dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, masalah yang dihadapi penduduk di kawasan perumahan itu adalah kerana tiada pihak yang menguruskan apartmen sejak 1 September tahun lepas.

"Masalah itu menyebabkan sampah tidak dikutip selain tunggakan bil air dan elektrik sudah mencecah RM23,292.26 dan perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh 13 Januari lalu," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu adalah jawapan kepada laporan Utusan Malaysia yang menyiarkan kesengsaraan penduduk Apartmen Sri Pulai yang sudah lebih enam bulan menderita akibat pemaju yang menguruskan pangsapuri itu 'melarikan diri'.

Penduduk juga dikatakan ditinggalkan pemaju dalam keadaan serba daif tanpa bekalan air dan tiada penyenggaraan sistem kumbahan sejak setengah tahun lalu.

Kenyataan itu menjelaskan, pemaju apartmen itu, Five Star Development (Puchong) Sdn. Bhd. telah mengeluarkan notis penyerahan pengurusan bangunan kepada badan pengurusan bersama (JMB) Apartmen Sri Pulai pada 12 Jun dan 1 Ogos tahun lalu.

Justeru, pemaju terbabit telah menghentikan tindakan menguruskan bangunan itu pada 31 Ogos tahun lepas.

Bagi membantu penduduk, pihak MPSJ telah membuat lawatan tapak pada 23 Disember dan membantu membersihkan kawasan tersebut termasuk memotong rumput.

Jelas kenyataan itu lagi, pihak MPSJ juga sudah mengadakan mesyuarat pada 29 Disember tahun lepas dan mesyuarat kedua pada 17 Januari lepas bersama penduduk

"Selain itu, MPSJ dimaklumkan yang pemaju akan membantu JMB untuk mengambil alih pengurusan serta kerja-kerja pengurusan bangunan.

"Yang Dipertua MPSJ juga sudah meminta pemaju membaiki dewan selain merobohkan pondok haram yang didirikan di luar kawasan apartmen bagi memudahkan JMB menguruskan kawasan itu kelak," ujar kenyataan itu.

Isnin, 22 Februari 2010

Tips Menambah Dana untuk Caj Perkhidmatan

Tips Menambah Dana untuk Caj Perkhidmatan

Posted using ShareThis

Badan Pengurusan Bersama Apartment Kenari ABCD

G-14 Blok Kenari C Tmn Impian Ehsan

03-8961 6005 / 013-385 8001

Ruj: JMB/msyAJK01/10

Tarikh: 21/02/2010 Ahad

Masa: 9:15 malam

Tempat: Nasir Bistro

En. Mohammad bin Abu Hassan

En. Mohd Rahil bin Hj Shaffi

En. Ahmad bin Adzali

En. Mohd Fazi bin Jaafar

En. Zabery bin Mohd Nor

En. Jaafar bin Rashid

En. Mohd Don Bin Said – wakil pemaju

Tuan, 16 hb Februari 2010

MESYUARAT AJK JMB

Adalah dimaklumkan mesyuarat AJK akan diadakan seperti mana tersebut di atas.

Di harap tuan dapat menghadirkan diri.

Agenda

1.Ucapan aluan Pengerusi JMB

2.Mengesahkan minit mesyuarat penubuhan JMB pada 13hb Julai 2008

3.Membuka akaun kumpulan wang penyenggaraan dan wang penjelas

4.Perkara berbangkit berkenaan minit mesyuarat

penubuhan JMB pada 13 hb Julai 2008

5.Lain-lain hal

Kerjasama tuan adalah amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

(MOHAMMAD BIN ABU HASAN

Pengerusi JMB

SK: Pesuruhjaya Bangunan MPkj

Suara Penduduk Pangsapuri Seri Mawar: Artikel Utusan berkenaan JMB

Suara Penduduk Pangsapuri Seri Mawar: Artikel Utusan berkenaan JMB