Jumaat, 28 Mei 2010

Flat kotor, penduduk sengsara

SEGAMBUT – Kotor dan tidak selesa! Itu rungutan yang senstiasa diutarakan penduduk di Flat Kos Rendah Jalan Udang Harimau dekat sini, malah mereka turut dibebani dengan bil tunggakan air berjumlah ribuan ringgit.

Penduduk mendakwa pihak pengurusan tidak menjalankan tanggungjawab apabila bil air tidak diserahkan kepada penduduk setiap bulan sehingga menyebabkan mereka dibebani bil tunggakan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan di flat yang mempunyai 200 unit rumah itu tidak terurus, di mana sampah sarap dilonggokkan di premis kosong bangunan itu.

Seorang penduduk yang ditemui, L Savatharajnair, 33, berkata, penduduk tidak akan menanggung tunggakan bil air yang banyak sekiranya pihak pengurusan menyerahkan bil air setiap bulan kepada penghuninya.

”Mereka tidak pernah serahkan bil kepada penduduk sejak pihak pengurusan baru mengambil alih dua tahun yang lalu menyebabkan masalah bil air tertunggak ini timbul.

"Saya turut terkejut apabila diberitahu saya mempunyai tung-gakan bil air dan penyelenggaraan berjumlah RM2,900 malah flat ini masih menggunakan meter pukal berikutan masalah spesifikasi paip yang digunakan di sini,” katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah menerima bil air daripada pihak pengurusan dan apa buktinya yang menyokong tentang isu tunggakan bil air itu sedangkan kami tidak pernah menerima sebarang bil daripada pihak terbabit.

Manakala bekas pesara ten- tera, N Manchor, 50, berkata, dua anaknya diserang denggi tahun lalu disebabkan kawasan flat di situ yang tidak terurus sehin-gga menjadi pusat pembiakan nyamuk Aedes.

”Kami sudah membuat aduan kepada pihak pengurusan dan pihak berwajib berhubung perkara ini, namun tiada sebarang tindakan diambil pihak terbabit,” katanya.

Menurutnya, dia khuatir sekiranya masalah kebersihan di flat itu tidak diambil berat, nes-caya akan menjadi bertambah parah seterusnya mengancam kesejahteraan penduduk di sini.

Selain itu penduduk turut tidak berpuas hati apabila pihak pengurusan didakwa tidak menjaga kebersihan kawasan menyebabkan mereka mempertikaikan bayaran penyelenggaraan sebanyak RM50 setiap bulan.

sumber: sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan