Jumaat, 15 Januari 2010
aktiviti masyarakat
Sabtu, 9 Januari 2010
JMB
Pemaju diberi tempoh hingga Ogos tubuh JMB
SHAH ALAM: Kerajaan negeri memberi tempoh sehingga Ogos 2009 kepada pemaju yang masih gagal menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) di kediaman bertingkat terutama kondominium di negeri ini sebelum tindakan tegas termasuk diheret ke mahkamah dikenakan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, berkata arahan sudah dikeluarkan kepada mereka untuk berbuat demikian sejak 12 April tahun lalu, tetapi hingga kini kira-kira 74 peratus daripada lebih 1,000 kediaman bertingkat terutama kondominium di negeri ini belum ada JMB.
Menurutnya, beberapa kawasan perumahan bertingkat dikenal pasti gagal menubuhkan JMB seperti di daerah Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya.
“Tempoh enam bulan itu berakhir Ogos ini dan saya nasihatkan pemaju berbuat demikian sebelum tindakan tegas dilakukan.
“
Difahamkan pemaju kondominium gagal berbuat demikian kerana keuntungan diperoleh mereka hasil pengurusan bangunan mencecah RM3 juta setahun.
Sementara itu dalam kes berasingan, Iskandar meminta Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) membenarkan penukaran meter individu bagi kediaman bertingkat walaupun tidak mendapat kerjasama daripada penghuni.
nota: dah lupa tarikh kenyataan YB ni..
kat tempat aku tak settle2 lagi..apa ceritenya YB!!! tolong jawab!!